Sunday, June 9, 2024

:::Gulai Ayam Kampung + Rebung:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗❤️💐 

Gulai Ayam Kampung + Rebung 
Tak sangka 1st time masak gulai ayam kampung ni sedap dan menjadi


Pujian ikhlas dari Inciksuami 
Katanya gulai harini paling sedap dalam dunia
Betul² ikhlas la kot sebabnya dua kali tambah nasi harini.hahaha

Buat seekor ayam ingatkan sempat makan untuk 2hari
Sekali buka periuk alamak dah tinggal kuah ajer haha



:::Pasar Karat, Kuala Nerang:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗 ❤️ 💐 

Pasar Karat,Kuala Nerang 

Sabtu 8 Jun 2024
Inciksuami ajak ke Pasar Karat
Lama tak menyelam di pasar karat 
Suka sangat jalan2 kat pasar karat
Tengok barang antik
Sentimental value tu yang mahal 

Kalau bernasib baik,dapat murah walaupun barang tu dah dikira barang lama
Semalam bawak Aenida dan Aisy
Ternampak koleksi buku lama
Memang berejam lah kat situ 
Suka baca dah macam kedai buku plak

Ni kaset, masa kecik2 dulu ayah letak kaset kat radio kalau dengar lagu ke nasyid ke.Masatu famous sikit ustaz Badrul amin.

Ni koleksi HP..Zaman 90an dlu da kuar blackberry, Siemen, Nokia...klu sapa Masih ingat sapa HP dia boleh hantar gambar tu kira power lahh

Pen macam macam jenis pen ada tau..
zaman sekolah dulu nak rasa paling hebat pun 1pen boleh tukar 3,4 kaler
Biru hitam Merah hijau haha


Tu bekas celak umah mertua kita masih ada..
Pernah la tengok mak mertua guna benda tu...


Ni buku-buku yang kalau boleh setiap Siri tak nak terlepas..
Mesti bersambung Siri...
Ejaan dulu2
Nampak macam senang Kan
Tapi xtau la camne orang dulu2 struggle nak belajar membaca..

Pasni kalau ada masa terluang boleh pergi lagi pasar karat ni 
Banyak sentimental value kalau datang sini..




Saturday, June 8, 2024

:::Sempena 14y 6m anniversary:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗 ❤️ 

Sempena genap 14tahun 6bulan bersama


Tiber kakak Anis yang dapat present dari ayah
Bila tanya Inciksuami kenapa Anak yang dapat hadiah bukan puanisteri
Jawapan beliau
Bukti sayang pada isteri lah dapat Kakak Anis 
Jadi kena appreciate Kakak Anis dulu





Ni 1st time beli hp untuk Kakak Anis tu pun bagi kejap² jer..masa main fon,mama yang control
No HP masuk bilik tidur
No HP xsiap homework 
Tuisyen dulu,balik tuisyen baru dpt HP 

Ikutkan tiada masalah pun takde HP cuma desakan teknologi masakini memang perlukan fon
Baik kegunaan nya Baik la faedah yg dpt
Pagi tadi pun kakak Anis kena bawa HP ke sekolah untuk jawab kuiz kecekapan tenaga
Kalau takde sendiri punya susah lah jugak.

P/s:Tanya kak anis suka x dapat hadiah hp ayah bagi,Tiber sebak dia ckp suka la sebab ayah yg bagi..Mama tu mntak nk beli ayam goreng pun xde duit hahahaha

:::Border Pass:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗


Kisah border pass kami
Seusai solat subuh di hari Jumaat
Kami ke UTC Alor Setar
Sampai UTC lebih kurang 7.20pagi orang dah beratur panjang
Dah jadi bentuk U dah
Semua yang beratur tu nak dapatkan nombor giliran untuk buat border pass
Hampir 2jam beratur anggola Rela datang kira jumlah pelanggan yang akan berurusan dikaunter
Lebih kurang cukup 100orang nombor giliran takkan diberi lagi pada haritu


Bila dah Kira tu ngam2 8 orang je belakang cikpuaneqin yang dapat nombor
Yang lain tu memang kena balik la sebab takkan ada nombor Akan diberi lagi pada haritu

Bila dah beratur dapat nombor giliran pukul 10.15 pagi staff imegresen yang bagi nombor maklum untuk buat border pass sesi pagi dah habis
Kena datang balik pukul 2.45 petang
Nampak tak struggle nya nak buat border pass
Inciksuami decide balik dulu sebab nak tunggu pun lama
Nak masuk Aman Central tak koser nak jenjalan

Tepat jam 2.00 petang kami kuar rumah
Sampai jer pejabat imegresen no giliran kami dah terlepas
Terus ke kaunter maklum yang nombor giliran dah lepas
Pegawai minta tunggu sekejap lagi dia panggil

Dah settle buat border pass terus buat bayaran
Surcharge untuk 1border pass RM 10 sahaja
Anis dah lebih 12 tahun dah kena Ada border pass sendiri
Aenida dan Aisy tumpang border pass mama
Ayah border pass dia sensorang


Semua 3 border pass untuk 1family kami
Settle urusan semalam jam 4.00petang

Border pass Ni valid untuk setahun sahaja
Hanya boleh rentas 5 daerah di Thailand 
Rasa-rasa cikpuaneqin nak pergi mana yerr..
Hehehe

Thursday, June 6, 2024

:::Rezeki 06.06:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗 ❤️ 💐 

Cantikkan date harini 06.06
Birthday mak 16.06

Date harini special
Pagi2 Sampai office kawan dah bagi bekal masak kengsom ikan siakap
Katanya masak lebih teringat nak bagi kami rasa
Pastu baru je letak handbag kat meja Ada sebalang kerepek peria kayak
Lebih kurang jam 1 Kakzah wife Mr WhatsApp minta datang umah dia amik masak kurma itik campur keledek oren 
Balik kerja sampai umah tengok ada durian baru luruh dua biji
Last sekali ronda petang naik motor singgah umah kak sheema, katanya nenas dah masak ranum kat pokok.Disuruh ambil jugakk katanya..

Alhamdulillah rezeki harini...Moga Allah melipat ganda kan rezeki bagi mereka yang suka memberi...amin

:::Tetamu Allah:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hampir 3minggu sudah my kakak ke Madinah
menjadi tetamu Allah
yang semua orang cita-cita nya ingin menjadi tetamu Allah
semoga kita semua dijemput oleh nya

Sebelum tidur malam tadi
scroll hp
tiba-tiba dapat whatsapp dari kakak
katanya dah otw ke Mekah
Alhamdulillah
setiap hari memang kami menunggu panggilan dari kakak
kakak sihat walafiat

semoga kakak mendapat haji yang Mabrur..aminn


:::One The Way:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jemput tengok yer semua❤️

1st shooting untuk Kakak Adyna Summayyah
Mama sentiasa support bidang yang kakak ceburi


Ya Allah jagakan anakku walau dimana mereka berada..aminn