Saturday, June 8, 2024

:::Border Pass:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗


Kisah border pass kami
Seusai solat subuh di hari Jumaat
Kami ke UTC Alor Setar
Sampai UTC lebih kurang 7.20pagi orang dah beratur panjang
Dah jadi bentuk U dah
Semua yang beratur tu nak dapatkan nombor giliran untuk buat border pass
Hampir 2jam beratur anggola Rela datang kira jumlah pelanggan yang akan berurusan dikaunter
Lebih kurang cukup 100orang nombor giliran takkan diberi lagi pada haritu


Bila dah Kira tu ngam2 8 orang je belakang cikpuaneqin yang dapat nombor
Yang lain tu memang kena balik la sebab takkan ada nombor Akan diberi lagi pada haritu

Bila dah beratur dapat nombor giliran pukul 10.15 pagi staff imegresen yang bagi nombor maklum untuk buat border pass sesi pagi dah habis
Kena datang balik pukul 2.45 petang
Nampak tak struggle nya nak buat border pass
Inciksuami decide balik dulu sebab nak tunggu pun lama
Nak masuk Aman Central tak koser nak jenjalan

Tepat jam 2.00 petang kami kuar rumah
Sampai jer pejabat imegresen no giliran kami dah terlepas
Terus ke kaunter maklum yang nombor giliran dah lepas
Pegawai minta tunggu sekejap lagi dia panggil

Dah settle buat border pass terus buat bayaran
Surcharge untuk 1border pass RM 10 sahaja
Anis dah lebih 12 tahun dah kena Ada border pass sendiri
Aenida dan Aisy tumpang border pass mama
Ayah border pass dia sensorang


Semua 3 border pass untuk 1family kami
Settle urusan semalam jam 4.00petang

Border pass Ni valid untuk setahun sahaja
Hanya boleh rentas 5 daerah di Thailand 
Rasa-rasa cikpuaneqin nak pergi mana yerr..
Hehehe

6 comments: