Sunday, June 2, 2024

:::Ziarah Maktok di HSB:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

-1 Jun 2024-
Ku doakan semoga bulan Jun ini baik-baik sahaja buat kita semua...


Kami dikejutkan dengan berita Maktok di intubated buat sementara waktu di 
Hospital Sultanah Bahiyah
Allahuakhbar

Maktok ni guru Al-Quran Kakak Anis dan Enida
setiap hari Maktok akan datang rumah kami ajar mengaji anak-anak
Maktok tak pernah beritahu kami bahawa beliau tak sihat
dari segi luaran kami nampak Maktok sihat rupanya Maktok tak larat

Hari Ahad minggu lepas Maktok minta cuti seminggu katanya nak ke Pendang tengok anaknya bersalin
rupanya petang tu tak sempat ke Pendang Maktok pengsan sorang-sorang di rumah
Allahuakbar
Ambulance masuk ambil maktok dan bawa ke Hospital
masa tu kaki maktok berdarah dan penuh serangga
Maktok penghidap diabetis
Hari Rabu maktok kena operate 
Dr buat dressing dan cuci balik kaki maktok
oxygen maktok drop hingga 30
waris setuju untuk Maktok ditidurkan' (intubated)

Kami semua mendoakan Maktok cepat sihat dan pulih seperti sediakala
Maktok kena kuat tau
Kita ada Allah
dan eqin percaya maktok akan pulih seperti sediakala.

aminnn Ya Mujib

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan & cepat sihat maktok.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedih bacanya. Semogalah maktok segera diangkat penyakitnya ya kak 🙏. Diberikan yg terbaik bagi maktok

    ReplyDelete