Assalamualaikum
Da Jia Hoa
Kisah Border Pass
Bila hati tak tenteram nak buat kerja pun macam serba tak jadi dan tak kena
masih memikirkan Maktok di Hospital
tapi disebabkan harini Ahad anak-anak masih cuti sekolah
Kita nak selesaikan border pass (pass sempadan ke Thailand)
Jam 8.15 kami anak beranak dah tiba di Kompleks Imegresen Durian Burung
baru je sampai pintu masuk
anggota RELA maklum yang kami tak boleh buat border pass sebab sistem offline
Dah hampir sebulan katanya sistem untuk buat border pass offline
Mula hati terdetik dah kalau sebulan dah offline takkan takde ambil apa-apa tindakan
Anggota Rela maklum juga jika nak buat border pass boleh terus ke
Kompleks Imegresen Bukit Kayu Hitam
Sebelum ke sana, cikpuaneqin dah call untuk pastikan sistem offline atau online
Pegawai maklum sistem online dan boleh segera hadir
Dari Kompleks Imegresen Durian Burung terus ke Kompleks Imegresen Bukit Kayu Hitam
sampai disana tepat jam 0950
tibanya dikaunter
pegawai Imegresen yang bertugas maklum bahawa sistem no giliran telah habis untuk sesi pagi.
Boleh hadir pada jam 1400
Mula rasa panas dengan keadaan macamni
kita tanya inciksuami cakap tak payah buat urusan ni untuk harini
Kita datang lain kali pula untuk buat border pass
Makanya dari Bukit Kayu Hitam kita shoot terus balik rumah hantar anak-anak
si Aisy hantar taska dan kita terus masuk office
berkerja lah seperti biasa...
p/s: solusi untuk buat border pass pasni kena pergi UTC, Alor Setar.
Memang panas hati jugak sistem menyusahkan kita nak datang banyak kali.
ReplyDeleteBorder pass Ini utk warga Malaysia yg tinggal di sekitar border supaya bisa melewati Border tanpa pakai pasport maksudnya ya kak?
ReplyDelete