Thursday, September 25, 2025

:::Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025):::

Assalamualaikum

Da Jia Hoa💞

Jom meriahkan Segmen Rakan Blogger kita Cie@Roziahmuhammadnor



Follow je syarat di bawah yinnii....

  1. 1- Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
  2. 2- Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini.
  3. 3- Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini.
  4. 4- Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.


Tempoh :

  • Tarikh mula: 20 September 2025
  • Tarikh tamat: 30 September 2025
Good Luck Everyone!!

Tuesday, September 23, 2025

:::Bayar Bil Anda:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Bab Kata pepatah
 "Kalau taknak dilambung ombak,
Jangan berumah ditepi pantai"

Begitulah.
Sila bayar Bil Elektrik anda
Sebelum kakak TNB ni datang..

Bila turun site
Emosi pengguna ni macam-macam kan
Ada yang ucap terima kasih sebab datang potong bekalan yang dia terlepas pendang bil elektrik ada tunggakan
Ada juga yang marah dan tak boleh terima hakikat kita datang 
Hihihi

Ni pembantu eqin selama 2hari kat site
En Zahir
Steady & Komited dalam tugas


Rundingcara bersama pengguna
1001 satu alasan ya
Kalau nak cerita sampai esok pun tak habis Kan


Site harini mencabar ya


Bengkel baiki excavator 


Sesudah operasi
Haruslah isi perut dengan Mee Rebus Daging
Dan juga Laicikang



Harini hari terakhir eqin keluar site untuk Ops Bersepadu Sg Petani
Esok akan masuk office seperti biasa
Rindu meja office Ku hehehe

Monday, September 22, 2025

::: Ops Bersepadu :::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao ❤️ 

Harini terlibat dengan Ops Bersepadu Potong Bekalan Elektrik di Sungai Petani

Kalini semua wakil station wajib turun ke Sungai Petani untuk laksanakan operasi.

Seawal jam 9.00 pagi eqin dah gerak keluar site bersama dengan seorang staff dan seorang work centre pekerja kontrak potong bekalan.

Lokasi rumah ke rumah agak berjauhan ya
Dari redah hutang kelapa sawit Kita teruskan perjalanan melalui kawasan sawah Padi pula


Naza - Pemandu Bidan Terjun 
Zahir - Penunjuk arah
Eqin - Rekod route list

Ni antara kawasan yang kami lalu
Kawasan bendang 


Cuaca panas betul ya harini
Tengok awan yang kecik tengah tu berbentuk hati❤️


Selesai tugasan 30 akaun harini
Pastilah kena reward diri Kan
Eqin bagitahu Naza singgah la kedai yang ada cendol 
Haus sangat dah ni

Sekali betul-betul Naza turuti
Ni yang Naza order Cendol Pulut Special
Ada bahan² ABC disitu


Ni pula Bakso eqin order
Minta yang biasa sahaja tapi bakso yang datang banyak sampai 7biji semangkuk
Terpaksa habiskan walaupun da kenyang sangat


Ni pula Cendol Pulut eqin order 
Nampak tersusun sopan disitu
Kena dengan citarasa taknak yang manis


Alhamdulillah semua kerja harini selesai
Kawan satu kumpulan sporting 
Kerja selesai
Makan pun kenyang

Esok sambung Ops Day 2 

Lokasi Kedai:
Area Kampung Pinang Tunggal,
Sungai Petani Kedah.

Sekian

Sunday, September 21, 2025

:::Internal Audit:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Setiap Jabatan mesti takkan terlepas dengan audit kan
Kadang kita sebagai pekerja ni rasa nak merungut je
Asyik-asyik audit
Tapi nak buat macamana
Kena mengadap juga as long as kita ni pekerja yang ada majikan..huwaa

Kalini State of Retail,Kedah minta semua station adakan internal audit
Maksudnya semakan audit secara cross station 
Turn Eqin pula kena pergi audit Kedai Tenaga, Pendang 
Sebelum ini pernah terlibat jadi auditor di Kedai Tenaga Alor Setar untuk semakan Chief Cashier 

Kalini terlibat sebagai auditor untuk semakan supply offering unit Customer Services di Kedai Tenaga Pendang 

Sebenarnya lagi banyak kita semak,lagi banyak yang kita belajar.
Kadangkala apa yang station lain praktikkan yang mungkin lebih baik boleh kita ambil sebagai panduan.

Jom lah selfie sekeping
Bukti pergi kerja tau
File bersusun atas meja dan tepi meja tu

Eh tapi kan sebelum mula audit,
Team Pendang dah belanja Makan tau haha



Sekian coretan as a auditor yg Masih dalam proses belajar..😆


Saturday, September 20, 2025

:::Pulang ke Maktab:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Hari yang paling tidak dinantikan oleh Kakak Anis telah tiba..eheheh

Dari semalam tanya mama betul ke esok dah kena balik hostel?
Tak boleh tambah hari ke cuti?
Kenapa cepat sangat ni kena balik?
Sedar tak sedar 9 Hari dah kakak cuti.
Kena terima hakikat hidup dan rumah ke-2 kamu adalah di MRSM PENDANG 

Ni perjalanan dari rumah ke maktab.
Kebanyakan memang melalui kawasan kampung dan sawah padi.
Orang Kedah cakap Bendang..
Aha lalu tepi Bendang.
Sekarang musim menuai
Banyak tempat mesin padi tengah jalan proses nak tuai padi.


Ini budak memang susah nak ambil gambar
Kalau mama suruh ready mesti dia cepat-cepat buat muka
Nasib la kan
Kan da kena tempek kat blog hehehe


9 Hari ni kakak Anis la yang uruskan adik Aisy
Si bongsu ni memang kesayangan si sulung!
Sejuk je hati tengok kakak Anis uruskan adik


Pesanan untuk kamu.
Study smart not study hard
Jangan banyak sangat conteng Anime 
Solat jangan tinggal 
Al-Mulk tiap hari.

Love you Anak sulung❤️

:::Kejohanan Memanah:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 


Ceritera anak dara Aenida Ezreen terlibat dengan Kejohanan Memanah KSGPI Peringkat Negeri Kedah.

Ini kali ke- 4 Aenida masuk pertandingan tetapi kali pertama mama dan ayah teman.
Sebelum ini cikgu yang bawa Aenida dan kawan-kawan ke pertandingan peringkat sekolah mahupun daerah.

Kalini pertandingan dibuat di 
SEK KEB AMBANGAN HEIGHT,
SUNGAI PETANI,KEDAH.

Disebabkan ini kali pertama mama dan ayah teman, kami tak tahu suasana di Padang lapang sasar macamana.
Kalau ikut ibu bapa lain semua sediakan kerusi dan meja healing masking.
Kita gamble ja datang melenggang haha
Nasib baik parents kawan Aenida datang Bawa tukar boleh la tumpang duduk

Kami tumpang kan ini budak healing bersama.
Asyik lari-lari kearah padang nak kacau kakak.
 


Peserta bukan sembarangan
Memang pelbagai jenis arrow ada
Kalini pertandingan Memanah Traditional 
Peserta dari seluruh Negeri kedah


Semua ada 32 target di lapang sasar
Setiap target ada 4 peserta 
Peserta A,B,C,D
Peserta A dan B Akan shoot serentak
Seterusnya peserta C dan D akan shoot pula.




Ada rezeki Aenida Ezreen kalini
Bawa pulang hadiah wang tunai
Antara pakaian yang mengikut tema


Ini lah yang mama dan ayah kena standby lepasni kalau nak ikut Aenida ke pertandingan Memanah
Kerusi dan meja healing 
Bawa sendiri yaa


Cantik suasana dan cuaca di Sungai Petani 



Anak dara Saya yang kecik molek ni.



Bersama Auni Aqiqah
Rakan seperjuangan


Selesai Acara Memanah KSGPI 
Semoga anakku sentiasa mencintai sukan sunnah ini.

❤️

Friday, September 19, 2025

:::Capati Tok Arau:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️

Musim cuti sekolah kalini kita tak ambil cuti
Ambil peluang hantar kakak Anis tuisyen Mathematic
Dia kan stay di asrama
Jadi nya time cuti ni la peluang nak bantu dia subject math
Kalau nak suruh mama yang ajar
Minta maaf sangat
Mama dah lupa formula

Maka lepas tuisyen baru kita jenjalan
Tak plan pun 
Balik kerja hari Rabu
Kita suruh anak-anak bersiap
Teringin nak makan Capati
Tapi kalini Makan Capati jauh sikit

Keluar rumah 6.30 petang
Tuju ke Kuala Perlis dulu
Sampai Kuala Perlis berkumandang azan Maghrib
Kita selesaikan yang wajib dulu 


Kat Kuala Perlis tak rilex okeh
Punya la ramai manusia
Memang nak hadap jem tu berejam jugak
Inciksuami cakap kita parking la area lapang ni
Pastu jalan kaki ke Masjid betul² dekat dengan jeti Kuala Perlis
Masjid ni memang jadi tumpuan orang ramai untuk ke Pulau Langkawi 
Luas dan cantik kawasannya


Ni kawasan untuk ke pintu utama Masjid


Sementara tunggu anak data solat
Eqin snap je ruang dalam masjid
MasyaAllah cantik sangat design dalaman


Lepas selesaikan yang wajib
Kami lepak di dataran Kuala Perlis 
Layan anak-anak main belon bulih sabun
Layan jugak Busking 
Dalam 9.30 malam
Kami gerak ke Arau


Kat sini ada pelbagai pilihan makanan juga
Bukan hanya Capati
Ada western dan goreng-goreng

Tujuan utama nak makan Capati
Alhamdulillah puas hati 
Sedap dan lembut
Pilihan kuah yang ada kari daging,kambing dan sardin
Eqin order Capati+Kari daging
Inciksuami - Nasi goreng daging kunyit
Anis - mee goreng 
Aenida - Mushroom soup
Aisy - Cheezy wedges

Lokasi:
Capati Tok Abah
Sebelah Mc Donald's Arau, Perlis
Tutup setiap Isnin 
Buka: 5.00 pm-12.30 am

Sekian.
😀