Monday, September 22, 2025

::: Ops Bersepadu :::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao ❤️ 

Harini terlibat dengan Ops Bersepadu Potong Bekalan Elektrik di Sungai Petani

Kalini semua wakil station wajib turun ke Sungai Petani untuk laksanakan operasi.

Seawal jam 9.00 pagi eqin dah gerak keluar site bersama dengan seorang staff dan seorang work centre pekerja kontrak potong bekalan.

Lokasi rumah ke rumah agak berjauhan ya
Dari redah hutang kelapa sawit Kita teruskan perjalanan melalui kawasan sawah Padi pula


Naza - Pemandu Bidan Terjun 
Zahir - Penunjuk arah
Eqin - Rekod route list

Ni antara kawasan yang kami lalu
Kawasan bendang 


Cuaca panas betul ya harini
Tengok awan yang kecik tengah tu berbentuk hati❤️


Selesai tugasan 30 akaun harini
Pastilah kena reward diri Kan
Eqin bagitahu Naza singgah la kedai yang ada cendol 
Haus sangat dah ni

Sekali betul-betul Naza turuti
Ni yang Naza order Cendol Pulut Special
Ada bahan² ABC disitu


Ni pula Bakso eqin order
Minta yang biasa sahaja tapi bakso yang datang banyak sampai 7biji semangkuk
Terpaksa habiskan walaupun da kenyang sangat


Ni pula Cendol Pulut eqin order 
Nampak tersusun sopan disitu
Kena dengan citarasa taknak yang manis


Alhamdulillah semua kerja harini selesai
Kawan satu kumpulan sporting 
Kerja selesai
Makan pun kenyang

Esok sambung Ops Day 2 

Lokasi Kedai:
Area Kampung Pinang Tunggal,
Sungai Petani Kedah.

Sekian

No comments:

Post a Comment