Saturday, September 27, 2025

:::Sweet 12th y/o Mayah:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao ❤️ 

25/9/2013-25/9/2025

Happy Birthday My Sweetheart 
Adyna Summayyah Binti Mohamad Bakri 
12years old
Hospital Jitra,Kedah

Pejam celik masa berlalu
12tahun sudah umur Mayah 
Mayah Anak ke-2 eqin
Tapi dia tinggal bersama kakak suami
Kiranya Mayah ni ramai mak
Ada mama Eqin
Ada umie Melati
Ada mak Nona 
Kalau arwah abang Beri ada mesti dia paling gembira tengok mayah semakin besar semakin bijak.
Al-Fatihah buat arwah abg Beri suami kepada kakak suami (Kaksu)

Sambutan Majlis Kesyukuran sempena sambutan harijadi,aqiqah diadakah di
Kampung Ketol,Tunjang,Jitra Kedah.

Eqin plan nak tidur rumah kaksu dari Khamis tapi memandangkan balik kerja pun dah lewat pagi Jumaat baru eqin pergi rumah Kaksu.

Photobooth tempat Mayah potong kek


Pelbagai Menu disediakan untuk tetamu.
Kaksu kalau buat kenduri memang meriah
Eqin tak sempat ambil gambar.
Pagi tu penduduk Kampung dah merewang
Ada Gulai daging dan rebung
Gulai ikan talang terung dan nenas
Masak merah kambing
Ayam kicap 
Masak lemak tauge dan tauhu
Ikan masin,Ulam cabai,
Periuk besar tu Kuah Mee Kari.


Soopa Doopa disewa khas untuk kanak2 yang datang Majlis 
5 Soopa Doopa puas main lompat kat kolam belon ni pergi lompat kolam belon sebelah pula
Kita pulak seronok tengok budak2 main
Ada yang menagis selipar hilang 
Ada yang menagis sebab jatuh
Haha macam2 


Mama bersama puteri kedua mama
Adyna Summayyah 
Yang sebelah kiri tu Umie Melati
Umie Melati ni pangkat anak saudara
Suami punya anak menakan


Adik Aisy pun nak selit bergambar bersama kakak Mayah.

Titipan pesanan buat Anakku.
Selamat Ulang Tahun kakak
Semoga menjadi Anak yang soleh
Jaga diri hiasi peribadi
Mama love you❤️🥰

No comments:

Post a Comment