Tuesday, September 30, 2025

:::Ayah Warded:::

 Assalamualaikum 
Da Jia HoaπŸ’™πŸ’šπŸ’›

Seusai solat subuh pagi tadi
dengar ayah dok panggil-panggil angah
tolak pintu bilik ayah tengok dah meracau demam menggigil
Ikutkan semalam lagi ayah demam tapi eqin tengok tak teruk
so minta ayah amik panadol dan ubat yang ada jela

rupanya dari semalam ayah kurang tidur sebab demam panas dan sakit kaki
Pagi ni lepas hantar Aenida sekolah terus masukkan barang ayah dalam kereta
buat keputusan sendiri
hantar ayah pergi Hospital Kedah Medical Centre (KMC)

Sampai KMC staff terus tolak ayah masuk emergency dept
Eqin settlekan pendaftaran dulu
Pastu baru masuk jumpa ayah 


Staff nurse dah check ayah
Ambil pressure ayah dan degupan jantung


Ayah dalam selimut tengah menggigil
Padahal pegang badan tu panas sangat
Tapi dia kesejukan 
Settle kan ayah dulu hingga tolak masuk ward 
Eqin bagitahu ayah nak kena balik dulu masuk Office
Yela musim-musim ni susah nak cuti
Ni pun hantar ayah minta pelepasan sekejap dengan bos


Sebelum masuk office eqin singgah Restaurant Hussain
Pekena Tosai dan Teh Masalla dulu
Kejap lagi masuk office terus buat kerja
Takde la nak keluar cari makan dah.


Okay last makan pagi tadi Tosai je tau
Petang ni jam 5.45 ptg join Zumba
Sape nak join?? 
Jommm
Haha


Monday, September 29, 2025

:::Zumba 29.9.25:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Kisah tak sempat Monday Blues bersambung tau
Balik kerja tadi
Sempat balik rumah sekejap solat asar dan tukar trek suit
5.45pm terus attend Zumba class

Coach Kak Pah 
Class on Sun,Mon,Tue & Friday
RM5/1hours
Murah sangat kan
Rasa rugi tak join

Act dah lama tau Coach memang buat class Zumba
Tapi keinsafan dan kesedaran untuk join tu tak datang
Sekarang baru sedar apa yang kita nak Kita kena kejar
Kita nak sihat, Cuba la paksa diri untuk berada di zon sihat


Jadilah kan
 kelas 1jam 22m dapat burn kalori 447.
Tenang-tenang aja nak sihat ni
Janji buat
Dah mula jatuh cinta dengan Zumba selain Brisk Walk.
Tak buat rasa tak kena..
Harap terus istiqamahπŸ’—

:::Tak sempat Monday Blues:::

 Assalamualaikum 

Da Jia HoaπŸ’›πŸ’šπŸ’™

Tak sempat nak Monday Blues
Monday yang superbb busyyy

Dapat panggilan meeting adhoc di Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap
Untuk Program
  HARI KOMUNITI KAMPUNGKU SEJAHTERA,
PERINGKAT NEGERI KEDAH

Program ni nanti melibatkan kerjasama penduduk kampung serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Konsep seperti "Kampung Angkat"
akan ada agensi-agensi yang turun memberi khidmat sokongan dan bantuan

Mesyuarat dipengerusikan oleh: 
YB Dato' Ustzah Hajjah Siti Aishah Binto Haji Ghazali
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah
(Exco)




Selain TNB, ramai wakil PBT yang terlibat
Ada JKR,KEDA,SADA,KKM,PDRM,JKM,ZAKAT,
AADK,RELA,RISDA,PKNK,
JHEIK,PASTI,KEMAS

Yang berkelapangan boleh hadir ke Lokasi, Tarikh & Masa seperti dibawah.

Dun Pedu : Pekan Nat,Naka Padang Terap, Kedah
18 Oktober 2025 (Sabtu)
7.00 PAGI- 6.30 PTG

Jom sama-sama kita meriahkan!!
Eqin wajib lah hadir sebab kena buka reruai.πŸ˜‚

Ada yang datang Kedah tak time tu long wiken sebab cuti Deepavali hehe

Sunday, September 28, 2025

:::Tosai:::

 Assalamualaikum
Da Jia HoaπŸ’œ

TB sarapan tosai di Tasik Permaisuri,Cheras
Sebenarnya kalau dok Kedah pagi-pagi ni eqin dah layan nasi berlauk
Tapi sebab balik KL haritu
Adik ku Sha ajak lepak sarapan di mamak
Follow jer

Eqin order Tosai garing
Sambil makan sambil layan Si Aisy dan Si Sara yang manja ituπŸ’•
Incik suami saya order mee goreng mamak
Sara order Roti telur
Sha order Putu Mayam
My mom pula order Nasi lemak ayam goreng berempah

Ni eqin punya Tosaii


Rezeki belanja adik-adik pagi tu
Belum sampai tengahari, perut dah berbunyi minta makan
Jenis perut makan nasi pagi camni lahh
Balik dari KL terus insaf tu yang niat istiqamah BW

Hahaha



Saturday, September 27, 2025

:::Sweet 12th y/o Mayah:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao ❤️ 

25/9/2013-25/9/2025

Happy Birthday My Sweetheart 
Adyna Summayyah Binti Mohamad Bakri 
12years old
Hospital Jitra,Kedah

Pejam celik masa berlalu
12tahun sudah umur Mayah 
Mayah Anak ke-2 eqin
Tapi dia tinggal bersama kakak suami
Kiranya Mayah ni ramai mak
Ada mama Eqin
Ada umie Melati
Ada mak Nona 
Kalau arwah abang Beri ada mesti dia paling gembira tengok mayah semakin besar semakin bijak.
Al-Fatihah buat arwah abg Beri suami kepada kakak suami (Kaksu)

Sambutan Majlis Kesyukuran sempena sambutan harijadi,aqiqah diadakah di
Kampung Ketol,Tunjang,Jitra Kedah.

Eqin plan nak tidur rumah kaksu dari Khamis tapi memandangkan balik kerja pun dah lewat pagi Jumaat baru eqin pergi rumah Kaksu.

Photobooth tempat Mayah potong kek


Pelbagai Menu disediakan untuk tetamu.
Kaksu kalau buat kenduri memang meriah
Eqin tak sempat ambil gambar.
Pagi tu penduduk Kampung dah merewang
Ada Gulai daging dan rebung
Gulai ikan talang terung dan nenas
Masak merah kambing
Ayam kicap 
Masak lemak tauge dan tauhu
Ikan masin,Ulam cabai,
Periuk besar tu Kuah Mee Kari.


Soopa Doopa disewa khas untuk kanak2 yang datang Majlis 
5 Soopa Doopa puas main lompat kat kolam belon ni pergi lompat kolam belon sebelah pula
Kita pulak seronok tengok budak2 main
Ada yang menagis selipar hilang 
Ada yang menagis sebab jatuh
Haha macam2 


Mama bersama puteri kedua mama
Adyna Summayyah 
Yang sebelah kiri tu Umie Melati
Umie Melati ni pangkat anak saudara
Suami punya anak menakan


Adik Aisy pun nak selit bergambar bersama kakak Mayah.

Titipan pesanan buat Anakku.
Selamat Ulang Tahun kakak
Semoga menjadi Anak yang soleh
Jaga diri hiasi peribadi
Mama love you❤️πŸ₯°

:::Brisk walk leha²:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Free wiken
Sempat la ambil mood Brisk walk 
Selalu Sabtu pergi maktab Kak Anis
Bawa dia keluar outing
Minggu ni tak pergi sebab dia kata stock makanan banyak lagi dalam locker.
Kan baru minggu lepas hantar balik Maktab 
Mewah la makanan dia siap niaga lagi
Milo 1sachet RM1
Tak dapat untung pun dia niaga sebab semua mama yang beli kan hahaha 


Bukti Brisk walk leha-leha
Habuan keluar peluh petang


Dah kena mula dari sekarang 
Niat nak sihat dan kawal pemakanan
Bulan lepas cek kolestrol 9.6
Tinggi oiiii
Doktor dah paksa makan ubat
Sebelum ni pun memang doktor suruh makan ubat kolestrol 
Tapi degil konon nak jaga pemakanan
Sekarang dah Insaf sikit
Jaga pemakanan dan jogging sikit²
Moga sihat dan baik2 je untuk kita semua ya

Thursday, September 25, 2025

:::Baby-Biri-biri:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Kisahnya pergi survey kambing biri-biri untuk buat BBQ cuti 31 Ogos haritu
Beli kambing pun dengan kawan Inciksuami jugak
Dah bagitahu dia kami ni nak beli kambing bajet je tak cukup umur pun takpe sebab bukan nak buat Aqiqah just untuk makan-makan.

So lepas pilih size kambing biri-biri berat dalam 15kg  terus Inciksuami dan kawannya akad jual beli kambing dapat lah sekor untuk kenduri.

Kami bawa si Aisy masa pilih kambing tu
Acik Adira tiba-tiba pelawa naik kandang kambing 
Tunggu apa lagi berlari la Si kecik ni
Terus nak dukung Anak kambing biri-biri

Tengok muka bangga betol dapat pegang dan dukung anak biri-biri tu..


Sebenarnya Aisy tak larat sangat pun nak dukung
Tengok kaki Anak biri-biri dah jatuh sebelah πŸ˜‚ 
 
Masih bertahan peluk dan taknak lepas
Anak biri-biri tu bising mengembek
Mungkin tengah cakap
"nakkkk tolonggg sayyaaa" πŸ˜‚ 


Padang biri-biri ni dalam kebun getah
Sementara Aisy dan ayah nya di kandang 
Kita ambil la gambar skrap dulu
Elok cuaca panas
Dah nak penuh cup getah tu


Saja kita tanya Adira apa beza rasa kambing dan biri-biri
Katanya kalau untuk BBQ dia syor ambil biri-biri sebab isi nya lebih manis dan juicy tak Kering
Kalau kambing isi cpt kering bila bakar dan kambing sesuai untuk masak gulai atau sup.

SekianπŸ₯°πŸ˜˜πŸ˜