Sunday, April 7, 2024

:::Comelkan mak:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hari Jumaat ajak inciksuami balik kampung Changlun
Lama da rasanya tak berbuka puasa dengan mak
malam tu malam ke 26 Ramadan
Seusai solat isyak saja la cakap kat inciksuami
Jom lah pergi C-mart nak cari tudung
solat terawih balik nanti lah kita buat
sebab selalunya kalau dah lepas terawih tak mau pi mana dah

Pelawa mak jom la kita keluar cari tudung
berdesup mak mertua kita sarung jubah dan tudung
bila sampai je C-mart mak macam tengok-tengok je tudung yang banyak tu
kita dah pilih 4 helai kat tangan
akhirnya kena menantu jugak yang pilihkan
sebabkan baju raya mak adik ipar beli kaler hitam tahun ni
kita pilih je kaler grey untuk mak pakai raya

seee....comell kan mak kita


Semoga mak sentiasa sihat dan dapat memberikan senyuman mak kepada kami semua
love you mak...

7 comments: