Assalamualaikum
Da Jia Hoa
Bilamana cikpuaneqin beraksi maka terjadilah sebuah berita.
07.03.2024 Kuala Nerang - Pihak stesen hari ini telah mengadakan Sesi Perjumpaan & Suai Kenal Bersama CCO Kuala Nerang yang baru iaitu Pn Noor Faizah Binti Abdul Rahman menggantikan Pn Hindun Binti Saad yang telah bersara. Turut diadakan adalah Perbincangan ringkas berkaitan aktiviti stesen serta pemakluman penyelesaian Enquiry dan Complaint bagi Stesen Kuala Nerang yang melibatkan Unit DN, AD, Metering, BSO & SSD. Turut diadakan majlis bacaan doa selamat, penyerahan cenderahati serta diakhiri dengan jamuan ringan bagi menyambut Bulan Ramadan AL Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi. Pn. Faizah telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi hadir serta mengharapkan agar kerjasama serta kolaborasi terbaik antara semua unit bersama Retail Kuala Nerang dapat diteruskan ke masa-masa akan datang.
Sekian, Terima kasih














