Thursday, June 6, 2024

:::Terpaksa check in di Perda:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗 ❤️ 

Day 2 
Plan nak ulang alik je dari rumah ke tempat kursus 
Bila fikirkan jem je terus check in hotel
Memandangkan dah biasa stay kat Perda,
Makanya decide untuk check in area Perda je untuk bermalam.

Tapi sebenarnya tak best pun tido sorang
Rasa rindu bilik sendiri dan rindu jugak kat my baby
Sian my boolat kene tinggal 

Check in E-Red Hotel Perda
suka area ni sebab banyak fasiliti
kedai makan pun banyak pilihan
boleh makan apa sahaja
Haritu pernah makan sushi n nasi kandar
Malam tadi kita pilih Restoran Thai

Ni presentation kumpulan BLACKTHORN
WHATS MAKE YOU HAPPY..
Semua ahli group kami list apa yang membuatkan kami happy
namapun Kursus Stress Management kan
takkan nak stress2

Ni En Azhar, penceramah kami
Cancer Survival stage 4
Semangat sangat orangnya
Ya Allah tak sangka ada lagi orang yang lebih susah dari kita
patut kita menjadi orang yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah

Game ni best kena buat pyramid.
boleh je kalau nak beli untuk anak-anak tapi risau si aisy masuk mulut je
Anak-anak lepas main bukan nya nak kemas terus mak jugak yang kena suruh.

selesai penceritaan kursus 2hari 1mlm kita..hiihi


Wednesday, June 5, 2024

:::Kopi Ais syedapp:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

Singgah tapaw Kopi Ais tepi jalan
Ingatkan biasa² jer
Rupanya luar biasa sedappnya
Kopi Kampung original 


Padin Kopi Ais
Lokasi: depan Hospital Sultanah Bahiyah
Harga: RM4.00


:::Chess tournament:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

Harini kakak Anis join chess tournament peringkat MSSD

Kakak Anis dan 4rakan yang lain mewakili sekolah dalam acara catur peringkat Daerah

Pagi-pagi ayah dah hantar ke SMK Syed Ahmad, Nama pun ayah kan yang hantar.
Sampai sekolah tu memang dia tinggal je Si Anis.
Pandai-pandai la cari dewan tempat nak bertanding catur..

Last year mama hantar kakak pergi tournament memang mama akan tunggu sampai habis la.
Apa2 pun cg cakap dah ada peningkatan game kalini
Menang kalah adapt pertandingan
Yang penting experience tu yang kita nak.

Tahniah anak-anak

Tuesday, June 4, 2024

:::Stress Management:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

Selamat berkusus untuk diri sendiri

Stress management | 4-5/6/24

Jauh betul kursusnya
Gerak dari umah 6.30 pagi 
Jam 9.30 pagi baru sampai Kulim



Belum mula kursus dah stress haha

Serah tugas kat Inciksuami urus anak²
Harini kakak Anis ada Chess tournament MSSD
Aenida plak 1st day school 
Aisy pergi taska macam biasa
Kelam kabut juga ayah pagini high

Good luck inciksuami 💗


Sunday, June 2, 2024

:::Anis & Aenida Tuisyen:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Anak-anak sebelum ke kelas tuisyen
ada je nak paw mama
mulanya cakap dahaga nak beli air
nak singgah la kedai runcit
sekali cakap taknak air kotak
Nak Zuss


wow sangat
sorang order Spanish latte
hat sorang lagi Australia Chocolate
sambil turun kete bye-bye mama dengan muka manis
mama pulak yang rasa kelat haha

pape la anak,
janji belajar rajin-rajin and study smart

 

:::Kisah Border Pass:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Kisah Border Pass
Bila hati tak tenteram nak buat kerja pun macam serba tak jadi dan tak kena
masih memikirkan Maktok di Hospital
tapi disebabkan harini Ahad anak-anak masih cuti sekolah
Kita nak selesaikan border pass (pass sempadan ke Thailand)

Berpagian tiba di Kompleks Imegresen Durian Burung

Seterusnya ke Kompleks Imegresen Bukit Kayu Hitam

Jam 8.15 kami anak beranak dah tiba di Kompleks Imegresen Durian Burung
baru je sampai pintu masuk
anggota RELA maklum yang kami tak boleh buat border pass sebab sistem offline
Dah hampir sebulan katanya sistem untuk buat border pass offline
Mula hati terdetik dah kalau sebulan dah offline takkan takde ambil apa-apa tindakan

Anggota Rela maklum juga jika nak buat border pass boleh terus ke 
Kompleks Imegresen Bukit Kayu Hitam
Sebelum ke sana, cikpuaneqin dah call untuk pastikan sistem offline atau online
Pegawai maklum sistem online dan boleh segera hadir

Dari Kompleks Imegresen Durian Burung terus ke Kompleks Imegresen Bukit Kayu Hitam
sampai disana tepat jam 0950
tibanya dikaunter
pegawai Imegresen yang bertugas maklum bahawa sistem no giliran telah habis untuk sesi pagi.

Boleh hadir pada jam 1400
Mula rasa panas dengan keadaan macamni
kita tanya inciksuami cakap tak payah buat urusan ni untuk harini
Kita datang lain kali pula untuk buat border pass
Makanya dari Bukit Kayu Hitam kita shoot terus balik rumah hantar anak-anak
si Aisy hantar taska dan kita terus masuk office
berkerja lah seperti biasa...

p/s: solusi untuk buat border pass pasni kena pergi UTC, Alor Setar.


:::Ziarah Maktok di HSB:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

-1 Jun 2024-
Ku doakan semoga bulan Jun ini baik-baik sahaja buat kita semua...


Kami dikejutkan dengan berita Maktok di intubated buat sementara waktu di 
Hospital Sultanah Bahiyah
Allahuakhbar

Maktok ni guru Al-Quran Kakak Anis dan Enida
setiap hari Maktok akan datang rumah kami ajar mengaji anak-anak
Maktok tak pernah beritahu kami bahawa beliau tak sihat
dari segi luaran kami nampak Maktok sihat rupanya Maktok tak larat

Hari Ahad minggu lepas Maktok minta cuti seminggu katanya nak ke Pendang tengok anaknya bersalin
rupanya petang tu tak sempat ke Pendang Maktok pengsan sorang-sorang di rumah
Allahuakbar
Ambulance masuk ambil maktok dan bawa ke Hospital
masa tu kaki maktok berdarah dan penuh serangga
Maktok penghidap diabetis
Hari Rabu maktok kena operate 
Dr buat dressing dan cuci balik kaki maktok
oxygen maktok drop hingga 30
waris setuju untuk Maktok ditidurkan' (intubated)

Kami semua mendoakan Maktok cepat sihat dan pulih seperti sediakala
Maktok kena kuat tau
Kita ada Allah
dan eqin percaya maktok akan pulih seperti sediakala.

aminnn Ya Mujib