Saturday, March 16, 2024

::: Iftar bersama in law:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa

4 Ramadhan 1445H | Jumaat
Berpeluang iftar bersama in law
mak mertua, adik ipar, biras dan anak saudara

Sebelum ni pun memang tunggu wiken baru nak balik Changlun,Kedah
Kalau hari kerja walaupun dapat balik4.30 rasa terkejar-kejar
Semalam bagitahu inciksuami petang ni jom la kita buka puasa rumah mak
Incik suami jawab on terus bagitahu adik ipar suruh masak nasi lebih
Lepas kakak Anis dan enida habis tuisyen 5.30 baru boleh gerak balik kampung
Kiranya cikpuaneqin kena masak siap2 kat rumah

Dalam perjalanan ke rumah in law, 
Snap gambar sunset
Ni je yang paling tak gegar sebab inciksuami bawa laju


Ini pulak budak naik kete jer terus nak tido mata layu dah tak larat nak buka dah

Cikpuaneqin buat menu simple je semalam
Sup Tulang Rempah timbang dari Kelantan
Ikan Bawal goreng
Gulai Ikan haruan

Adik ipar pula masak
Ayam masak merah
Ikan tamban goreng
Nasi putih
Tembikai
Air jagung, Air tebu, Air soya

Da siap iftar inciksuami nak pergi surau solat terawih
Cikpuaneqin pula ABC jaga anak-anak kat rumah jela
Kita ada bawa sehelai tusung kaler soft pink bagi hadiah kat mak mentua 
boleh la buat tudung raya
tiba-tiba mak cakap takkan tudung jer
baju raya takde ke, alamak malu nya
Nanti eqin beli yer mak. datang sekali lagi kita bawa mak cari baju raya

selesai cerita 4 Ramadhan

Jangan lupa doa: 

Ya Allah, Kami memohon dari-Mu keredhaan Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu dari kemurkaan Mu dan api neraka.
Aminn


12 comments:

  1. Comel nyer sikecik tu...gerammla tgok dia...tudia sup tulang...ikan bawal goreng...hari ni plan SA masak kari kambing

    ReplyDelete
  2. Errr kena beli bj raya utk ur MIL ler tu😁

    ReplyDelete
  3. Adeh pedah juga tu, kena cari baju raya pula.

    ReplyDelete
  4. Geramnya tengok si debab tu 😍
    Cari yg sedondon dgn tudung tu mesti mil suka :D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dapat berbuka ramai2 ni seronokk...

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua dapat balik ke rumah mak ayah dgn kerap.. huhuhu.. supaya mereka lebih rasa dihargai dan diperlukan lagi.. huhuhuhu.. sebak pula kan bayangkan ibu ayah berbuka tanpa dikelilingi anak2.. :(

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah seronok berbuka ramai ramai

    ReplyDelete
  8. bila nak balik kg nie..nak balik kg pun makan modal jugak...harapnya mak bapak ampunkan anak2 yang jarang balik kg..aamin2x

    ReplyDelete
  9. chomel nya dia..mcm puasa jugak yer
    MA hujung bulan nanti baru gather2 buka puasa ngan in laws semua

    ReplyDelete
  10. Hahahahah sama macam mama saya, kadang harus komplit , tudung, baju dan alas kaki raya 😄. Tak apalah, demi orangtua kan, senangkan hati mereka.

    ReplyDelete